CABARAN EKSPLORASI STEM
(X-STEM) 2026
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Aplikasi Konsep Realiti
Meningkatkan kemahiran pelajar dengan aplikasi konsep STEM secara Real Based Context melalui Inquiry & Problem Based Learning.
Penguasaan Kemahiran 4C
Meningkatkan penguasaan 4C (Collaboration, Creativity, Communication, Critical Thinking) pelajar Program Matrikulasi KPM.
Daya Saing Berpasukan
Memupuk semangat kerjasama ahli kumpulan dan meningkatkan daya saing menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan.
Interaksi Luar Kelas
Mengadaptasikan pembelajaran teori di dalam kelas ke luar kelas menerusi aktiviti interaktif.
Literasi Kecerdasan Buatan (AI)
Membangunkan kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) pelajar daripada AI User sehingga mampu menjadi AI Creator/Developer (AI Literacy, Fluency, dan Creation).
MISI 4 GERBANG CABARAN
Gerbang_Kuantum
Gerbang_Molekul
Gerbang_Pembinaan
Gerbang_Formula
> SYARAT-SYARAT & PERATURAN
PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Kolej MARA. Setiap kolej perlu menghantar DUA (2) pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pelajar (maksimum hanya seorang pelajar bukan Bumiputera) dan seorang pensyarah pembimbing.
PENDAFTARAN
Pendaftaran peserta dibuka mulai 1 hingga 11 September 2026. Borang pendaftaran penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 11 September 2026 kepada Jawatankuasa Pertandingan.
SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan adalah berkonsepkan perlumbaan berkumpulan yang akan diadakan secara dalam talian di kolej matrikulasi masing masing.
PERATURAN (STESEN)
Terdapat 4 stesen dan peserta wajib melengkapkan kesemua aktiviti di stesen secara berkumpulan melalui Portal X-STEM. Peserta wajib melengkapkan aktiviti di stesen 1 – 4. Peserta bergerak dari stesen ke stesen mengikut turutan yang telah diprogramkan.
MASA & FORMAT
Masa maksimum yang diberikan untuk peserta menyelesaikan aktiviti di setiap stesen adalah 45 minit. Peserta hendaklah menghantar bahan yang telah disiapkan dalam format HTML ke dalam Portal X-STEM sebelum masa tamat (45 minit).
KAEDAH & ALATAN
Aktiviti di semua stesen adalah bercirikan penyelesaian masalah berasaskan konsep STEM IBL (Integrated Based Learning) dan PBL (Project Based Learning). Peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan teknikal/alatan tambahan sepanjang pertandingan dari mana-mana pihak. Peserta hanya dibenarkan menggunakan Google Gemini sahaja dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap stesen. Penggunaan AI yang lain adalah dilarang.
HAK PENGANJUR
Pihak penganjur berhak untuk menukar, membatalkan dan / atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu sekiranya terdapat ketidakpatuhan pada peraturan.
KEPUTUSAN PENGANJUR DALAM SEMUA PERKARA BERKAITAN PERTANDINGAN ADALAH MUKTAMAD.
> KATEGORI HADIAH DAN SIJIL X-STEM 2026
KATEGORI KESELURUHAN
Medal (2 Kumpulan)
MEDAL EMAS
10 Kumpulan
MEDAL PERAK
10 Kumpulan
MEDAL GANGSA
14 Kumpulan
KATEGORI GERBANG (STESEN)
Medal (2 Kumpulan)
Gerbang Kuantum
- Medal Emas (2 Kumpulan)
- Medal Perak (2 Kumpulan)
- Medal Gangsa (2 Kumpulan)
Gerbang Molekul
- Medal Emas (2 Kumpulan)
- Medal Perak (2 Kumpulan)
- Medal Gangsa (2 Kumpulan)
Gerbang Pembinaan
- Medal Emas (2 Kumpulan)
- Medal Perak (2 Kumpulan)
- Medal Gangsa (2 Kumpulan)
Gerbang Formula
- Medal Emas (2 Kumpulan)
- Medal Perak (2 Kumpulan)
- Medal Gangsa (2 Kumpulan)
LOG MASUK PORTAL X-STEM 2026
Sila log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan oleh Urus Setia untuk mengakses peluncur arena permainan dan mengemaskini profil kumpulan anda.
Log Masuk Sistem X-STEMHanya untuk peserta & juri berdaftar
> ATUR CARA X-STEM 2026
HARI 1
26 September 2026 (Sabtu)
Taklimat Pertandingan
Penerangan ringkas mengenai format dan peraturan.
Pendaftaran & Log Masuk
Peserta log masuk ke platform X-STEM.
Cabaran Stesen 1
Gerbang Kuantum bermula.
Peserta menghantar hasil tugasan Stesen 1
Cabaran Stesen 2
Gerbang Molekul bermula.
Peserta menghantar hasil tugasan Stesen 2
Cabaran Stesen 3
Gerbang Pembinaan bermula.
Peserta menghantar hasil tugasan Stesen 3
Cabaran Stesen 4
Gerbang Formula bermula.
Peserta menghantar hasil tugasan Stesen 4
Penilaian
Penilaian oleh juri
HARI 2
27 September 2026 (Ahad)
Majlis Penutupan
Secara dalam talian
> BUKU PROGRAM
Sila imbas menggunakan telefon pintar anda.
> SOAL SELIDIK
Borang Penilaian X-STEM 2026
Sila luangkan masa untuk menjawab soal selidik ini bagi membantu kami meningkatkan kualiti penganjuran program X-STEM pada masa hadapan. Maklum balas dan pandangan anda amat dihargai!
ISI SOAL SELIDIK SEKARANG ↗
Sila imbas menggunakan telefon pintar anda.
KEPUTUSAN PEMENANG
PINGAT PERAK
Pasukan Delta
PINGAT EMAS
Pasukan Alpha2
PINGAT GANGSA
Pasukan Kappa
> INSTITUSI TERLIBAT (17 KOLEJ)
Kolej Matrikulasi Melaka
KMNSKolej Matrikulasi Negeri Sembilan
KMPPKolej Matrikulasi Pulau Pinang
KMPKolej Matrikulasi Perlis
KMLKolej Matrikulasi Labuan
KMJKolej Matrikulasi Johor
KMPkKolej Matrikulasi Perak
KMKKolej Matrikulasi Kedah
KMPhKolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
KMKPhKolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
KMKJKolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
KMSKolej Matrikulasi Selangor
KMKtKolej Matrikulasi Kelantan
KMSwKolej Matrikulasi Sarawak
KMKulimKolej MARA Kulim
KMKNKolej MARA Kuala Nerang
PENSYARAH PEMBIMBING
TELEGRAM RASMI X-STEM 2026
Pensyarah Pembimbing boleh menyertai Telegram rasmi X-STEM untuk mendapatkan makluman terkini berkaitan pertandingan.
Imbas Sini